Monday 2 January 2017

Tahun Baru (2017), Berwajah Baru



Happy New Year Everyone! 

Tahun 2016 dah melabuh tirainya, dan kini bermulalah tahun baru 2017... Wuhuuu!  Happy? Sedih? kecewa? no no no.. Mood sedih-sedih buang jejauh yerk.. Tinggalkan dan jangan terbawak-bawak  yang negative. Start our new year with something yang Chill! Mood kena happy awal-awal ni.. baru semangat nak menempuh hari-hari seterusnya.. kan?

Perasan tak perubahan pada blog amira?? kalau korang pernah bukak blog amira sebelum ni.. mesti perasan kan... cuba teka, cuba teka.. Kalau budak-budak sekolah, asal masuk tahun baru je.. mesti semua nak baru.. baju sekolah baru, kasut baru, beg baru, alat-alat tulis pun kalau boleh semua nak baru.. jenuh mak ayah keluarkan duit. botak kepala diorang. aihhh.. same goes to me ! hihihi.. 😃 blog amira pun dah berwajah baru ! sempena Tahun Baru ! yela kan.. kalau sama je setiap kali bukak, bosan jugak lelama.. so, tahun baru, kita kasi kelainan sikit.. amira dah tukar template baru di blog amira ! harap korang suka and selesa dengan perubahan blog ni ! Rajin-rajin lah berkunjung ke blog amira ni yerkk.. 😉






Sebut je Tahun Baru, mesti akan ditanya soal Azam Baru.. kan, kan? even azam-azam yang lepas pun tak berapa nak tercapai. ihiks ! 😆 tapi at least still kena ada lah kan azam untuk setiap tahun..baru ade target yang nak dicapai.. tak gitu.. huhu...

Kalau tanya kat amira apa azam Tahun 2017, amira sendiri pun macam hmmm..hmm... apa ek target untuk tahun ni.. hehehe.. ada tu ada.. tapi macam malu nak share ! ihiks~ takut hangat-hangat tahi ayam! tak pun angan-angan mat jenin ! uhuk uhuk~

Tapi demi kalian pembaca semua.. amira share lah yerk ! kalau rasa macam "eleh dia ni! nak target tu konon.. ni konon.." "boleh ke tu?" "akan tercapai ke azam tu"... mohon jangan percaya azam baru amira ni. dah nama pun angan-angan mat jenin ! kihkihkih.. tapi mana tahu dari angan-angan jadi realiti kan! who knows.... be positive okay! 

  • First of all, amira nak diet !!!!!!!!!!!! hohoho... entah berapa ramai dah tegur ni, makin tembam.. aiseehh betul.. so, target tahun baru ni NAK KURUS! (kalau afifa baca ni, mahunye gelak terguling-guling, haram nak percaya) wakakaka...
  • Second, memandangkan amira tengah tunggu nak sambung belajar for degree, tak sure bila masuk.. dengar kata bulan 3, ada yang kata bulan 9, tapi apapun.. amira just nak target untuk setiap kuiz and test nanti.. and of course nak target dekan! chaiyok-chaiyok...
  • Last,, nak saving money ! yang ni, macam errr..rr.. je, but i will try my best.. bila lagi kan nak start menabung. banyak lagi nak guna duit untuk masa akan datang.. so, kena kawal lah lepas ni sifat boros dan suka shopping ! 😞 mana tahu, untung-untung nanti boleh gi travel.. 
Tu jela kut perkongsian azam amira tahun ni.. tercapai ke tidak, tu belakang kira okay... yang penting ada.. akhir kalam, semoga tahun ini membawa kita ke arah yang lebih baik dan dekat pada Allah. InsyaAllah...❤

No comments:

Post a Comment