Monday 16 September 2013

SaYa TiDaK cAnTik






Saya tahu saya tidak cantik..
Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

★ Karena saya tidak cantik, saya tidak jadi korban gangguan lelaki-lelaki yang rusak akhlaknya.

★ Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

★ Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

★ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

★ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

★ Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

★ Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia..

★ Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH..
Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar...
Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak....

SUBHANALLAH,,,,,,
◆◆ Wahai Sahabat ku,,,
Tidak Mengapa kita jelek di pandangan Manusia,,,
Namun InsyaAllah kita Cantik di pandangan Allah s.w.t,,,
Aamiin

Monday 9 September 2013

FaDhiLAt KeBaiKAn Dan KeiStiMewAan SolaT taHAjJuD

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog amira.. (^_^)


kali ni amira nak share serba sedikit berkenaan fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat tahajjud.. amira kupas persoalan nie bagi memenuhi permintaan sahabat amira... so,, untuk tidak mengecewakan dia,, jom kita selongkar fadhilatnya...

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
amira harap apa yang amira share ni dapat menjawab persoalan sahabat tu dan pembaca-pembaca semua.. sekian sahaja dari amira.. wink-wink **

Friday 6 September 2013

HaSiL kArYaKu~

assalamualaikum w.b.t...

seperti yang korang semua sedia maklum lar kan.. sekarang nie kan minggu tryer bagi calon spm 2013..
amira ambik 11 subjek.. memakan masa 3 minggu jugak exam. lagi seminggu !!!!! argghhhhhh!!! lambatnyerrr!! tension sangat.. bleh jadi gler lamer2 exam.. bagi satu-satu subjek tu dhlar lamer.. kalau paper 1,, dalam sejam lebih camtu lar kan.. biasa memang paper 1 yang bulat-bulat neyh.. memang akan ada masa lebih lar kan.. kalu paper 2,, baru lar tak sempat masa kekadang... kan??

so,, masa lebih tu.. kalau ader kertas kosong.. amira akan tulis puisi mengikut apa yang ader dalam otak amira.. hehehe ~ nak tgok hasil karya amira??


wahai pemuda,,
wajahmu bercahaya dengan nur islam..
menarik perhatianku..

wahai pemuda,,
ketaatanmu kepada Allah dan agama..
menarik perhatianku..

tidakkah dirimu sedari,
perbuatanmu, percakapanmu,
telah menarik diriku untuk mengenalimu..

aku hanyalah insan biasa,,
tidak layak berganding denganmu...

aku sedari itu.
biarlah aku hanya memerhatimu dari jauh..
sudah cukup membahagiakanku..

teruskanlah menjadi dirimu, wahai pemuda....

datin irawmk~
(12:30 p.m._ 20.08.2013)



islam.....
agama yang suci dan berkasih-sayang,
umatnya saling membantu antara satu sama lain,
seperti suku aus dan khazraj,
pada zaman kerajaan islam di madinah...

kini, 
umat islam berpecah-belah,
tidak lagi berkasih-sayang,
malah hanya berdiam diri,
menunggu berita kehancuran islam..

ayuh bangkitlah umat islam,
bangunlah pemuda-pemudi,
hulurkan doamu untuk seluruh umat islam,
hanyalah doa senjata islam..

panjatkan doamu,
untuk umat islam yang ditindas,
berjihad, berjuang demi islam,
untuk islam tercinta..

doakan mereka,
tabah dan teruskan perjuangan,
sungguh merekalah,
pemangkin umat untuk terus berjuang...

bersabarlah islam,
percayalah....
suatu hari nanti,
islam akan bangkit,
untuk perjuangkan..
amar makruf nahi munkar...

datin irawmk ~
isnin _ 2 september 2013
10:40 a.m


di saat dirimu meluahkan rasa kepadaku,
tiada apa yang ku dapat lafazkan,
hanyalah mendengar kata-kata cintamu...

pesanku untukmu,
usahlah berharap kepadaku,
aku bukanlah sesiapa,
aku hanyalah insan biasa,
yang memerlukan bimbingan dan dokongan...

aku berharap..
jika benar dirimu mencintaiku,
bawalah cinta kita,
ke arah keredhaan Allah,
agar cinta kita kekal hingga ke syuga-Nya...

aku pinta darimu,
berdoalah kepada Allah, 
jika benar dirimu mencintaiku,
agar hatiku dekat kepadamu,
agar jodoh kita ditetapkan bersama,
agar dapat kita melayari kehidupan bersama..

-datin irawmk -
rabu, 4 september 2013
9:50 a.m


setakat nie,, ni jelah yang dapat amira hasilkan... insyaAllah,, jika amira ada kelapangan masa dan ader mood nk tulis,, amira akan tulis lagi. hehe~ tata titi tutu ~ (^_^)