Thursday 29 June 2023

Jawapan Istikharah



Jodoh ni adalah misteri. kita hanya akan tahu seseorang itu adalah benar-benar jodoh kita bila terlafaz akad nikah. selesai lafaz akad nikah, wali dan tok kadi sahkan.. yes! itulah jodoh!

Just a sharing posting. based on pengalaman sendiri berkenaan istikharah ni. 




Saya ada kenal dengan seorang hamba Allah ni, saya letak nama dia K. Kenal sekejap je, kemudian dia bawa mak dia datang rumah untuk kenal-kenal. dalam tempoh perkenalan ni, saya mase ni tak berapa yakin, tambahan belum ada apa-apa perasaan pada K.

Jadi masa ni saya buat istikharah, dalam seminggu saya buat solat istikharah malam-malam. tempoh istikharah ni, saya takde dapat mimpi apa-apa. ada yang cakap istikharah ni akan dapat petunjuk dalam mimpi. tapi tidak untuk saya. 

Tetapi masa ni hati saya tak tenang. bila mana K ni whatsapp je saya, saya akan serabut. masih reply tapi kita tak happy dapat whatsapp dari dia. dan masa ni saya banyak bertanya dan dapatkan pendapat dari orang sekeliling. saya bagitahu la saya ada kenal dengan seseorang, orang itu macam itu dan ini, dan saya rasa begini begini. jadi apa pendapat, okay ke.. ada la dalam 4 ke 5 orang kut saya minta pendapat. 

Rata-rata jawapan yang saya terima adalah red flag. bukan K ni tak baik, dia baik, rajin usaha untuk bekerja. cumanya ada beberapa benda yang mungkin tak serasi dengan saya. kemudian saya fikir masak-masak pro and cons setiap keputusan, jadi saya memutuskan untuk tidak meneruskan. 

Saya masih ingat masa saya bagitahu pada K untuk tidak teruskan, terasa beban batu besar atas kepala ni tiba-tiba hilang. serta-merta. terus rasa ringan, rasa lapang dada. satu perasaan yang sangat lega. 

Alhamdulillah. waktu tu rasa macam mungkin ini adalah jawapan pada istikharahku. 





Kemudian, lama lepas tu. saya ada kenal dengan seorang hamba Allah ni, saya letak nama dia M. Untuk yang M ni, tempoh perkenalan saya agak lama sikit iaitu 6 bulan. dengan M, saya benar-benar suka dan memang ada perasaan pada dia. 

Dengan M, saya tak buat istikharah. saya takut untuk buat istikharah, saya takut jawapan yang saya terima nanti tak seperti yang saya nak. tapi apa yang saya buat adalah, saya banyak berdoa dan saya selalu doa pada sujud terakhir solat fardhu. 

Apa yang saya doa adalah " Ya Allah, jika M ni adalah yang terbaik untukku, kau permudahkanlah segalanya.. jika dia bukan yang terbaik untukku, kau pisahkanlah kami dengan cara yang baik dan pertemukanlah dia dengan orang-orang yang baik". Saya amalkan doa ni agak lama jugak pada awal-awalnya..

Kemudian satu hari setelah 6 bulan, saya bagitahu pada M kekurangan diri saya, dan kemudian malam tu jugak M decide untuk tidak meneruskan perhubungan ni. esoknya M terus hilang dan mendiamkan diri. Kami tak ada gaduh, tak ada perselisihan apa-apa. boleh dikatakan putus dengan cara yang baik. 

Waktu ni saya broken, kecewa yang teramat sangat. Nangis tu semestinya. dan proses untuk bangkit semula tu saya ambil masa yang agak lama. dan pada waktu ni, saya teringat pada doa yang saya pernah amalkan sebelum-sebelum ni.. saya pernah doa yang jika dia bukan yang terbaik untuk saya, pisahkan kami dengan cara yang baik.. dan itulah terjadi.. saya dan M tak ada gaduh pun pada saat itu, tak ada silap faham ke apa. hanyalah dia tak boleh nak terima kekurangan diri saya dan saya okay kan je. esoknya dia pergi dan hilangkan diri. 




Sedikit nasihat untuk awak semua.. bila mana awak semua decide untuk buat istikharah, nak minta petunjuk dari Allah untuk sesuatu. get ready untuk sebarang kemungkinan.. dalam isu jodoh ni, jawapan petunjuk bukan pada side awak sahaja.. kalau perjalanan urusan awak untuk berkahwin dipermudahkan, dan berjaya disatukan, itulah jawapan pada istikharah awak. itulah jodoh awak. 

Akan tetapi, andaikata perjalanan urusan nak mendirikan rumah tangga tu ada macam-macam halangan, atau tibe-tibe pasangan berubah hati. itu boleh jadi jawapan pada istikharah awak. mungkin itu adalah petunjuk dari Allah untuk permintaan istikharah awak, dia bukanlah yang terbaik untuk awak. 

Mungkin awak pada saat itu, sangat mengharapkan dia adalah jodoh awak, tapi jawapan petunjuk istikharah awak tak seperti yang awak harapkan. Adakah awak nak marah Allah bagi petunjuk dari istikharah awak? atau awak nak salahkan Allah yang tiba-tiba palingkan hati pasangan? muhasabah balik, zikir banyak-banyak, dan ambil masa untuk tenangkan diri. 

Jika si dia bukan jawapan istikharah awak. ingatlah satu benda yang saya pesan. apa yang terjadi adalah bukan salah si dia, bukan salah awak. tapi inilah jawapan Allah dan Allah knows the best for you. 

Tiada salah sesiapa. tapi the answer is takde jodoh, belum jodoh atau bukan waktu yang tepat lagi. selalu saya ingatkan pada diri saya, apa yang terjadi antara saya dan M, bukan salah dia. kalau saya berada di tempat M pun, semestinya saya nak pasangan yang perfect, cantik, sempurna. mungkin tiada jodoh di antara kami. 

Sentiasa bersangka baiklah pada Allah, positifkan diri. jika dia adalah jodoh awak, Alhamdulillah. Syukurlah pada Allah. jika si dia yang awak cinta bukan jodoh awak, yakinlah pada Allah yang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Doa yang baik-baik, InsyaAllah akan hadir yang baik-baik. dan saya doakan yang baik-baik untuk awak semua. 

Doakan saya dipermudahkan bertemu jodoh. Wallahualam. 


Thursday 22 June 2023

Grabcar Uber UITM Puncak Alam 2023-2024



Disebabkan ada permintaan oleh pembaca-pembaca blog mira ni untuk update list grabcar student UITM Puncak Alam yang terkini 2023-2024.. jadinya mira pun cari mana yang masih buat dan sediakan perkhidmatan grabcar ni. 

Di bawah ini mira akan senaraikan grabcar untuk student gunakan perkhidmatan grabnya ye.. 


Hi,grab car service available 
➡From Puncak alam to

🚙Scm/klang sentral
🚙 Terminal 17 shah alam
🚙 I-city central
🚙 Mrt sg buloh/kwasa sentral
🚙 Ikea mutiara Damansara
🚙Rawang/ijok 
🚙klang parade
🚙elmina
🚙 Taman botani shah alam 
🚙Airport subang
🚙etc

💺up to 6 seater 
💺 4 seater with luggage 
Do pm/click link below for booking..tq







GRABCAR TUK-TUKS

🚗Klang Sentral/Sani
🚗KTM/MRT Sg Buloh
🚗Kawasan KL Sentral
🚗TBS
🚗KLIA
🚗 Lain-Lain tempat, boleh ws dahulu.. 
Open booking slot 

Area Puncak Alam
Saujana Utama
Eco/Hillpark/Alam Jaya
SCM
Hospital UITM
Kolej/Fakulti
MRT Sg buloh
Kwasa Damansara
Klang sentral

Pm now tele /  https://wa.me/60102271753 (syuk) 🧕🏻

🌸 Max : 3 person only 🙏🏻
🧕🏻 Female driver


 🚗🚕 SERVIS TRANSPORT 🚗🚕


Anda ingin keluar berjalan? Penat menunggu bas yang tak kunjung tiba? Teksi mahal? 

Kini anda boleh menggunakan servis penghantaran yg saya sediakan dari UITM PUNCAK ALAM!! 

Destinasi: 

✈ KLIA 1/KLIA 2  
✈ Airport subang  
🏢 Setia city mall 
🚌 Klang sentral 
🚄 KTM Sungai Buloh 
🚄 KTM Rawang 
🚄 KTM Shah Alam 
🏢 Econsave/ Tesco puncak alam


Sebarang pertanyaan utk tempat selain yg disenaraikan, boleh dirunding.

Hubungi segera utk tempahan! 

📲  012-2886872 (Lily)


🥳 Hai Ladies perlukan grab boleh direct whatsapp/tele 

👱🏻‍♀️ Female Driver

🚗 Kolej - Fakulti
🚗 Sekitar Puncak Alam
🚗 Hillpark/Eco/Alam perdana/Alam jaya
🚗 Setia City Mall
🚗 Hospital UITM
🚗 MRT Sg buloh / Kwasa Sentral
🚗 Uitm Shah Alam
🚗 Uitm Puncak Perdana
🚗 Uitm Sungai Buloh
🚗 Kuala Selangor

Kalau nak ke mana mana boleh pm dulu ya untuk pertanyaan 😊


Ni semua adalah senarai latest yang mira dapat yang masih sediakan perkhidmatan grabcar di UITM Puncak Alam.. Jadi korang boleh terus whatsapp diorang okay untuk gunakan perkhidmatan grab! 😉

Mana-mana yang sediakan perkhidmatan grabcar untuk student palam yang nak dimasukkan dalam senarai ni, boleh komen dibawah atau email je okayh! 😎😊

THANK YOU! 

Wednesday 19 January 2022

Kelebihan Surah Al-Baqarah dan Ali Imran


Manfaat Luar Biasa Membaca Al Baqarah dan Ali Imran telah dijelaskan dalam As Sunnah Rasululllah SAW, yang pertama dari Hadits Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

“Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya setan itu akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat Al-Baqarah.” (HR. Muslim no. 780)





Abu Umamah Al-Bahili radhiallahu anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

“Bacalah Al Qur`an, karena ia akan datang memberi syafa’at kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Az-Zahrawain, yakni Al-Baqarah dan surah Ali Imran, karena keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah, karena membacanya adalah berkah dan tidak membacanya adalah penyesalan. Dan para penyihir tidak akan dapat membacanya.” (HR. Muslim no. 804)

Dari Abu Mas’ud Al-Anshari radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ هَاتَيْنِ الْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

“Barangsiapa yang membaca dua ayat ini, yakni akhir surat Al-Baqarah di suatu malam, maka keduanya telah mencukupinya.” (HR. Al-Bukhari no. 5009 dan Muslim no. 1341)

Dari An-Nawwas bin Sam’an radhiallahu anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


يُؤْتَى يَوْمَ الْقِيامَةِ بِالْقُرْآنِ وَأَهْلِهِ الَّذِيْنَ كانُوا يَعْمَلُوْنَ بِهِ فِي الدُّنْيا تَقَدَّمَهُ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ وَآلِ عِمْرانَ تَحاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا

“Pada hari kiamat akan didatangkan Al-Qur`an bersama mereka yang mengamalkannya di dunia. Yang terdepan adalah surah Al-Baqarah dan Ali Imran, keduanya akan membela mereka yang mengamalkannya.” (HR. Muslim no. 805)

Penjelasan ringkas, Keutamaan surah Al-Baqarah dan Ali Imran:

1. Syaitan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah Al-Baqarah. Kerananya Al-Baqarah termasuk di antara surah-surah dalam Al-Qur`an yang sangat baik dibaca saat meruqyah.

2. Membaca surah Al-Baqarah adalah salah satu di antara sebab-sebab datangnya berkah dari Allah.

3. Surah Al-Baqarah termasuk di antara surah-surah yang bisa melindungi seseorang dari sihir. Karenanya tidak ada seorang penyihirpun yang bisa membaca Al-Baqarah.

4. Dua ayat terakhir surah Al-Baqarah bisa mencukupi malam orang yang membacanya, dengan izin Allah.

5. Surah Al-Baqarah dan Ali Imran akan memberikan syafaat kepada mereka yang sering membacanya di dunia.

6. Kedua surah ini akan memberikan perlindungan kepada mereka dan membela mereka saat hisab.

Semoga kita sama-sama boleh mengamalkan surah al-baqarah di dalam kehidupan kita. InsyaAllah semoga Allah merahmati kita semua. Aaminn.

Wednesday 8 December 2021

SENARAI KEDAI MAKAN PAGI (BREAKFAST) TERENGGANU 2021-2022



🌼 Adil Roti





Lokasi di Losong bawah jambatan sultan mahmud...
Kedai berhampiran dengan KB Brewster.
Waktu operasi 7.30 pagi sampai 12.30 tengah hari. Setiap hari rabu offday..

My favourite menu.. Roti Telur Goyang Gedik dan Roti Coklat 😋

Official Acc: Instagram Facebook

🌼Nasi lemak kimia




Lokasi kedai bersebelahan Jabatan kimia..
Special menu nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk.. 
Menu-menu lain turut ada seperti bihun goreng, lontong, kuih-muih.. 
Anggaran satu kepala RM10 bergantung kepada lauk yang diambil.. 

Waktu operasi: sabtu-khamis (6.30 pagi- 1.00 tengah hari)
Jumaat tutup. 


🌼Nasi kerabu fauzi




Fauzi nasi Kerabu ada 2 cawangan di bandar dan gong badak.

Lokasi; Jln Sultan Sulaiman. Sederet dgn Kedai Buku Banggol, dan Jalan Gong Badak. Waze - Fauzi Nasi Kerabu

⏰ 7am-1pm [Hari Rabu TUTUP]

Official acc: Facebook Instagram


🌼Dapo fateema





Waktu Operasi Dapo Fateema :
Setiap hari Khamis : CUTI

Jumaat
 7:00pagi - 12:00tghari
Sabtu - Rabu 
7:00pagi - 12:30tghari

Official acc: Facebook  Instagram 


🌼Nasi dagang atas tol



Waktu operasi : 6.30 pagi - habis ☺️! Tekan link utk lokasi : https://msha.ke/nasidagangatastol/

NDAT ada 3 cawangan 📍NDAT atas tol 📍NDAT padang negara 📍NDAT padang hiliran
Menu : ✅ nasik dagang ✅ nasik kunyit ✅ nasik minyok gulai daging ✅ teh peng ombak rindu

Official acc: Facebook Instagram

🌼Nasi dagang kak pah



Lokasi gerai di gerai 30, batu burok .
Pukul 8 gerai dah buka dah..
kalau pergi lambat maunya habis.. lagi-lagi musim cuti...


🌼Nasi minyak jenab, pulau musang




Lokasi kedai di Jalan Pulau Musang..
Waktu operasi, pukul 6.30 kedai ni dah buka dan tutup apabila makanan dah habis..
Kedai ni memang favourite family mira kalau nasi minyak pagi-pagi..
Hari-hari buka..

Menu special: Nasi minyak
Menu biasa: Nasi Lemak, Bihun/Mee goreng, Keropok.

🌼Nasi kerabu losong







Lokasi kedai nasi kerabu losong selepas traffic light pulau musang menghala ke SMK Sultan Ahmad..
Mula buka pada pukul 7.30 pagi sampai petang..
Disini nasi kerabu ada pelbagai lauk.. ayam bakar, ikan, daging dan kambing..

Menu special: Nasi kerabu
Menu biasa: Nasi lemak, nasi minyak, bihun goreng.

Bagi yang masih tercari-cari kedai breakfast di Kuala Terengganu yang best-best, boleh la singgah di kedai-kedai ini.. 😉